Saturday, December 31, 2011

2012


selamat tahun baru dari warga selaju online interview
semoga tahun 2o12 ini akan bertambah maju dan mutu
teruskan menyokong industri papan selaju tempatan
malaysia boleh!

p/s: temu bual terbaru akan menyusul kemudian. maaf dipinta kerana ketiadaan temu bual bagi 2 bulan yang lalu, harap maklum.

Monday, October 17, 2011

berita #23


tahniah kepada pemenang "jang oh jang best trix contest"
syafiq ipoh: switch 180 nose grind 180 out

jutaan terima kasih diucapkan kepada penaja untuk pertandingan papan selaju kali ini:
LAZCA SKATESOP, ABSTRAX JINGGA & BOONGA ART SHOES

mahukan laporan penuh? akan datang!


sumber tamu: ammar & sembilan papan selaju

issue 27: AREP TERENGGANU

enjoy!

Tuesday, October 4, 2011

berita #22

meriahkan skate tour di Negeri Sembilan dengan pertandingan papan selaju
JANG OH JANG

15 oktober 2011
5 petang di skatepark sendayan

Format Pertandingan: Best trick on RAIL @ FUNBOX
* setiap trick kombo yang anda lakukan, kami akan beri wang tunai! (dalam kuantiti yang kecil)

JUMPA DISANA!

Wednesday, September 21, 2011

berita #21

kepada sesiapa yang nak ikut skate tour ini, sila berhubung dengan pihak admin. jadi boleh lah kita konvoi ramai-ramai. mari gegarkan negeri sembilan!

LOKASI: SKATE PARK SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN
PERTANDINGAN PAPAN SELAJU: "JANG OH JANG"

*kepada sesiapa yang mahu menyumbangkan bantuan atau tajaan untuk skate tour ini, sila bagi tahu secepat mungkin kepada pihak admin. terima kasih!

Wednesday, September 7, 2011

Review: Billabong City Squared Asia

27 Ogos 2011: krew selaju online interview berkesempatan ke kota singa untuk membuat liputan langsung berkenaan pertandingan papan selaju yang dianjurkan oleh Billabong. Mungkin pertandingan ini adalah pertandingan yang agak besar yang pernah diadakan dia Asia selain daripada pertandingan Asian X-Games. Jarang sekali melihat jenama besar seperti Billabong membuat pertandingan seperti ini, dimana ia dapat menghimpunkan para penggiat papan selaju bertaraf antarabangsa di Singapura. Pertandingan ini seharusnya dijalankan pada 27 Ogos 2011, namun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan ia ditunda pada keesokkan harinya. Ia tidak mematahkan semangat kesemua peserta yang datang untuk terus bertanding. Peserta yang hadir datang dari seluruh negara di Asia seperti Indonesia, Thailand, China, Filipina, Singapura, Australia dan juga Malaysia.

28 Ogos 2011: Cuaca yang amat baik untuk meneruskan pertandingan. Kesemua peserta hadir semula untuk meneruskan perjuangan memenangi hadiah yang ditawarkan berjumlah US$20,000. Saingan sengit diberikan daripada peserta Malaysia, Singapura dan juga Australia. Agak teruja apabila melihat aksi penggiat papan selaju bertaraf antarabangsa beraksi. Keputusan akhir berpihak kepada peserta dari Singapura bergelar sebagai juara. keputusan penuh adalah seperti berikut:

1. Firdaus Rahman (Singapura)
2. Tommy Fynn (Australia)
3. Farris Rahman (Singapura)
4. Jesse Noonon (Australia)

Syabas diucapakan kepada semua pemenang dan juga peserta yang bertanding. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada Billabong kerana berjaya mengadakan pertandingan besar seperti ini.




sumber tamu: munir (skateboard.com)

Friday, August 12, 2011

berita #20 skate tour review

Mungkin agak terlewat untuk review selaju online interview JB tour. Namun begitu, tugasan harus diteruskan. Harap maaf kerana kelewatan artikal ini.

.......................................

24-26 Jun 2011 – Selepas keberjayaan Skate Tour di KK, Sabah. Sekali lagi krew Selaju Online Interview meneruskan misi jelajah seluruh negeri di Malaysia. Kali ini, destinasi yang dituju adalah JB, Johor. Tujuan skate tour ini adalah sama seperti skate tour yang sebelumnya. Mencari dan mengenengahkan bakat-bakat baru. Alhamdulillah, misi skate tour kali ini berjaya dengan sokongan penuh daripada warga Jonkers di Johor. Seperti skate tour yang lepas, krew Selaju Online Interview akan menemu bual pendatang baru dari negeri Johor serta menganjurkan mini pertandingan papan selaju (True or Dare Skate Street Challenge).

Pertandingan papan selaju di negeri Johor kali ini amat berbeza dari pertandingan sebelum-sebelum ini. Dimana lokasi pertandingan adalah dijalanan. Para peserta perlu mencabar trick papan selaju yang telah diberikan. Sekiranya para peserta berjaya melakukan cabaran yang diberi, hadiah dari pihak penaja akan diberikan. Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu ditangga dan di tembok sisi (stairs and curb). Kedua-dua bahagian ni, beberapa cabaran trick telah diberikan. Setiap cabaran adalah berbeza. Ternyata penggiat papan selaju negeri Johor amat mudah melaksanakan cabaran yang diberi. Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut:

Cabaran di tangga (stairs):

  • Nuar no go (pressure flip)
  • Man pts (pop shuvit tail grab)
  • Andrew (kick flip)

Cabaran di tembok sisi (curb):

  • Wan extra (bs tail slide fakie out)
  • Ronnie no go (nose slide fakie out + crooked fakie out)

Jutaan terima kasih kepada pihak penaja yang sudi menaja hadiah untuk pertandingan True or Dare Skate Street Challenge ini. Setinggi penghargaan diucapkan kepada para penaja: Extreme Wonders Enterprise, Abstrax Jingga, Hellbent dan Boonga Art Shoes kerana sudi menjadi penaja untuk pertandingan di Jb ini. Jika anda berminat untuk membeli barangan dari pihak penaja, bolehlah berkunjung ke laman pesawang mereka seperti dibawah:

  • Extreme Wonders Enterprise: http://www.facebook.com/ExtremeWonders.ent
  • Abstrax Jingga: http://abstraxjingga.blogspot.com/
  • Hellbent: http://www.facebook.com/pages/Hellbent/143235242407914
  • Boonga Art Shoes: (www.boongastudio.com or boongashoes.blogspot.com)

Barangan yang dijual di butik penaja adalah seperti baju, seluar, kasut, barangan keperluan papan selaju dan lain-lain. Harga yang ditawarkan juga berpatutan serta memuaskan. Jadi, marilah kita menyokong industri skateboarding tempatan!

Tidak lupa kepada semua warga papan selaju Johor (Jonkers) yang sudi memeriahkan dan menjayakan skate tour ini. setinggi-tinggi tahniah kepada Jonkers yang menyertai pertandingan True or Dare Skate Street Challenge dan kepada para pemenang pertandingan ini, syabas diucapakan. Terima kasih kepada krew yang terlibat menjayakan skate tour ini: Ayie Putra, Kecik Bp, Boy Putra, Ajis Hellbent, Keloy Kluang, Fahmi Abstrax, Amy Rasta, Wan Extra, dan kesemua penggiat extreme JB. Korang memang terbaik! Terima kasih diatas sokongan anda!

Nantikan skate tour yang seterusnya dari kami, Selaju Online Interview. Teruskan menyokong kami!

Tuesday, July 26, 2011

berita #19

LIMITED EDITION DIY T-SHIRT!
UNTUK JUALAN! EDISI TERHAD, 50 HELAI SAHAJA!
SIZE BAJU: S, M, L, XL | WARNA BAJU: KELABU

kalau berminat, sila berikan nama dan saiz baju anda. once confirm, buat bayaran dan kami akan hantar pada anda!

MUDAH DAN SENANG!

SOKONGLAH INDUSTRI PAPAN SELAJU TEMPATAN!

Friday, July 8, 2011

berita #17


SKATE COMPETITION: GAME OF SKATE
collaboration with ABSTRAX JINGGA

jumpa anda disana!

Sunday, June 26, 2011

berita #16

TANDA PENGHARGAAN KEPADA SEMUA YANG MEMBERI SOKONGAN!
KEPUTUSAN PEMENANG "TRUE OR DARE SKATE STREET CHALLENGE"

BEST TRICK ON STAIRS: amir syiling (triple flip)

TRUE OR DARE ON CURB:
wan extra (bs tail slide fakie out) | ronnie no go (nose slide fakie out + crooked fakie out)

TRUE OR DARE ON STAIRS
: nuar no go (pressure flip) | man pts (pop shuvit tail grab) | andrew (kick flip)
.......................................................................

LAPORAN PENUH? AKAN DATANG!
NANTIKANNYA!

Tuesday, June 21, 2011

berita #15

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAPAN SELAJU SEDUNIA 2011

meriahkan hari papan selaju anda dengan meluncur di jalanan!
enjoy this up coming event at JB. see you there guys!

kasi rempuh!!!

Thursday, June 9, 2011

berita #14

short clip Selaju Online Interview KK Skate Tour

Thursday, June 2, 2011

berita #13

tadaaaaaaaaaaa~
bagi menyambut ulang tahun pertama selaju online interview. kami dengan bangganya memperkenalkan logo rasmi untuk laman pesawang selaju online interviewini. jadi sokonglah kami dengan lebih ketat! ayuh terus rempuh!

Wednesday, June 1, 2011

berita #12

KINI KEMBALI!

selaju online interview skate tour akan terus menggegarkan tempat anda. kali ini crew selaju online interview akan meneruskan tour ke JB. diharap semua penggiat papan selaju negeri Johor khususnya dapat memeriahkan lagi suasana skate tour ini!

ayuh terus rempuh!

KAMI PERLUKAN SOKONGAN ANDA!

berminat untuk menaja atau berikan sumbangan atau bantuan ikhlas?
sila hubungi pihak admin

Monday, May 30, 2011

berita #11 skate tour review

20-23 Mei 2011 – Selaju Online Interview telah melakar satu sejarah industri skateboarding tempatan dengan mengadakan satu skate tour di Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan skate tour ini diadakan adalah untuk mempromosikan laman pesawang Selaju Online Interview di negeri Sabah. Mungkin ramai yang tidak mengetahuhi apakah itu “Selaju Online Interview”. Selaju Online Interview adalah sebuah E-Majalah yang menemu bual pengiat dan penggemar papan selaju di Malaysia. Ia mempromosi bakat anak-anak muda yang tidak berpeluang untuk memperkenalkan diri mereka secara komersial di majalah skateboard Malaysia. Sehubungan dengan itu, Selaju Online Interview mengadakan pertandingan Sukan Ekstrem, Papan Selaju (Best Line) 2011. Pertandingan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mengenengahkan bakat-bakat baru dalam arena papan selaju tempatan khususnya di negeri Sabah.

Pertandingan Sukan Ekstrem, Papan Selaju (Best Line) diadakan pada 21 Mei 2011. Acara bermula sekitar jam 8.00 malam dengan pertandingan Best Line dan bersambung dengan acara BBQ. Alhamdulillah, pertandingan Sukan Ekstrem, Papan Selaju (Best Line) akhirnya berjalan dengan lancar dan jayanya hasil sokongan daripada pengiat sukan ekstrem negeri Sabah. Jumlah penyertaan yang mengambil bahagian dalam pertandingan juga memberangsakan. Ia menampakkan visi utama pertandingan Sukan Ekstrem, iaitu ingin mencungkil bakat-bakat baru para penggiat papan selaju negeri Sabah. Hadirin yang datang bukan sahaja berasal dari Kota Kinabalu, malah ada yang datang dari daerah lain seperti Keningau, Putatan, Sandakan dan juga Kota Belud. Keputusan akhir pertandingan ini diungguli oleh Imbie Gonzalez meraih gelaran juara, diikuti oleh Afif Reynolds tempat kedua dan Aye Axe tempat ketiga. Hadiah saguhati pula dimenangi oleh Mark Warren dan Azwyn. Keputusan penuh pertandingan:

  • Juara: Imbie Gonzalez (nollie tailslide + double flip + fs board 270 out)
  • Naib Juara: Afif Reynolds(n0llie fs board + nollie flip + fs nose grind)
  • Ketiga: Aye Axe (ss nose slide + ss180 + feeble to fakie)
  • Saguhati: Mark Warren (fs 5.0 + treflip + crooked) dan Azwyn Amir (nollie 5.0 + nollie bs tail slide)

Jutaan terima kasih diucapakan kepada pihak penaja yang sudi menyokong serta memberikan bantuan untuk melancarkan program pertandingan Sukan Ekstrem, Papan Selaju (Best Line) ini. Setinggi penghargaan ditujukan kepada Abstrax Jingga, Showroom, Slow Mo TV, Addict Street Skate Shop Penang, Boonga Art Shoes, Skate Timor danFronside TV diatas kerjasama yang diberikan bagi melancarkan pertandingn Best Line ini. Jika anda ingin mendapatkan barangan dari pihak penaja kami, bolehlah mengunjungi butik atau laman pesawang mereka seperti dibawah:

  • Abstrax Jingga: ABSTRAX JINGGA micro store, K03 Morail Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • (http://www.myspace.com/abstraxjingga)
  • Showroom: 0680 Berjaya Times Square, 55100 Kuala Lumpur (http://www.showroom.com.my)
  • Addict Street Skate Shop: A3-14 Komtar 3rd Floor, 10000 Georgetown, Penang
  • (http://addictstreet.blogspot.com)
  • Boonga Art Shoes: (www.boongastudio.com or www.boongashoes.blogspot.com)
  • Skate Timor: (http://www.skatetimor.blogspot.com/)
  • Slow Mo TV: (www.slowmotv.com)
  • Fronside TV: (www.frontside.my)

Barangan yang dijual di butik penaja adalah seperti baju, seluar, topi, kasut, barangan papan selaju dan lain-lain. Harga yang ditawrakan juga berpatutan serta memuaskan. Marilah kita menyokong industri skateboarding tempatan!

Tidak dilupakan juga kepada penggiat sukan ekstrem tempatan yang sama-sama menjayakan skate tour ini. Nama-nama besar seperti Pa’din Musa, Afad Klang, Bazly, Apit Kedah, Aliff Showroom, Qhidir kluang dan Haziq BP turut memeriahkan skate tour kali ini. Skate tour ini akan bersambung ke negeri lain di Malaysia. Nantikan skate tour seterusnnya kerana kami akan terus menjelajah ketempat anda! Jumpa krew Selaju Online Interview di negeri anda, kami pasti akan kesana untuk memeriahkan suasana! Terima kasih diatas sokongan anda!

Sunday, May 29, 2011

berita #10

ULANGTAHUN PERTAMA SELAJU ONLINE INTERVIEW!

TERUSKAN MENYOKONG KAMI!

Thursday, May 26, 2011

Wednesday, May 25, 2011

berita #9

TANDA PENGHARGAAN KEPADA SEMUA YANG MEMBERI SOKONGAN!

KEPUTUSAN PEMENANG "BEST LINE SKATE CONTEST"

............................................................................................

LAPORAN PENUH? AKAN DATANG!
NANTIKANNYA!

Tuesday, May 17, 2011

berita #8

MEMPERSEMBAHKAN
risalah akhir untuk selaju online interview KK skate tour
20-23 mei 2011

JUMPA DISANA!


Thursday, May 5, 2011

berita #7

WE NEED MORE SPONSOR!

kalau ada sesiapa yang nak menyumbangkan tajaan boleh hubungi aidil banting sebelum 15 MEI 2011. tajaan anda amatlah dihargai untuk melancarkan event ini. terima kasih!

p/s: harap maaf kerana ketiadaan interview baru untuk isu bulan lepas kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. sokongan anda amatlah dihargai!
enjoy skateboarding!

Wednesday, April 13, 2011

berita #6

kepada sesiapa yang berminat nak ikut skate tour ni, boleh la booking tiket kapal terbang sendiri. kita gerak sama-sama ok! kemungkinan besar akan ada small skate comp. harap ada sambutan dari skateboarders dari KK! nantikan kemunculan krew selaju online interview!
enjoy!

# foto pilihan 4

izzat razin | nose manual | putra jaya challenge park
photo by: aidildbahri