20-23 Mei 2011 – Selaju Online Interview telah melakar satu sejarah industri skateboarding tempatan dengan mengadakan satu skate tour di Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan skate tour ini diadakan adalah untuk mempromosikan laman pesawang Selaju Online Interview di negeri Sabah. Mungkin ramai yang tidak mengetahuhi apakah itu “Selaju Online Interview”. Selaju Online Interview adalah sebuah E-Majalah yang menemu bual pengiat dan penggemar papan selaju di Malaysia. Ia mempromosi bakat anak-anak muda yang tidak berpeluang untuk memperkenalkan diri mereka secara komersial di majalah skateboard Malaysia. Sehubungan dengan itu, Selaju Online Interview mengadakan pertandingan Sukan Ekstrem, Papan Selaju (Best Line) 2011. Pertandingan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mengenengahkan bakat-bakat baru dalam arena papan selaju tempatan khususnya di negeri Sabah.
Pertandingan Sukan Ekstrem, Papan Selaju (Best Line) diadakan pada 21 Mei 2011. Acara bermula sekitar jam 8.00 malam dengan pertandingan Best Line dan bersambung dengan acara BBQ. Alhamdulillah, pertandingan Sukan Ekstrem, Papan Selaju (Best Line) akhirnya berjalan dengan lancar dan jayanya hasil sokongan daripada pengiat sukan ekstrem negeri Sabah. Jumlah penyertaan yang mengambil bahagian dalam pertandingan juga memberangsakan. Ia menampakkan visi utama pertandingan Sukan Ekstrem, iaitu ingin mencungkil bakat-bakat baru para penggiat papan selaju negeri Sabah. Hadirin yang datang bukan sahaja berasal dari Kota Kinabalu, malah ada yang datang dari daerah lain seperti Keningau, Putatan, Sandakan dan juga Kota Belud. Keputusan akhir pertandingan ini diungguli oleh Imbie Gonzalez meraih gelaran juara, diikuti oleh Afif Reynolds tempat kedua dan Aye Axe tempat ketiga. Hadiah saguhati pula dimenangi oleh Mark Warren dan Azwyn. Keputusan penuh pertandingan:
- Juara: Imbie Gonzalez (nollie tailslide + double flip + fs board 270 out)
- Naib Juara: Afif Reynolds(n0llie fs board + nollie flip + fs nose grind)
- Ketiga: Aye Axe (ss nose slide + ss180 + feeble to fakie)
- Saguhati: Mark Warren (fs 5.0 + treflip + crooked) dan Azwyn Amir (nollie 5.0 + nollie bs tail slide)
Jutaan terima kasih diucapakan kepada pihak penaja yang sudi menyokong serta memberikan bantuan untuk melancarkan program pertandingan Sukan Ekstrem, Papan Selaju (Best Line) ini. Setinggi penghargaan ditujukan kepada Abstrax Jingga, Showroom, Slow Mo TV, Addict Street Skate Shop Penang, Boonga Art Shoes, Skate Timor danFronside TV diatas kerjasama yang diberikan bagi melancarkan pertandingn Best Line ini. Jika anda ingin mendapatkan barangan dari pihak penaja kami, bolehlah mengunjungi butik atau laman pesawang mereka seperti dibawah:
- Abstrax Jingga: ABSTRAX JINGGA micro store, K03 Morail Bukit Bintang, Kuala Lumpur
- (http://www.myspace.com/abstraxjingga)
- Showroom: 0680 Berjaya Times Square, 55100 Kuala Lumpur (http://www.showroom.com.my)
- Addict Street Skate Shop: A3-14 Komtar 3rd Floor, 10000 Georgetown, Penang
- (http://addictstreet.blogspot.com)
- Boonga Art Shoes: (www.boongastudio.com or www.boongashoes.blogspot.com)
- Skate Timor: (http://www.skatetimor.blogspot.com/)
- Slow Mo TV: (www.slowmotv.com)
- Fronside TV: (www.frontside.my)
Barangan yang dijual di butik penaja adalah seperti baju, seluar, topi, kasut, barangan papan selaju dan lain-lain. Harga yang ditawrakan juga berpatutan serta memuaskan. Marilah kita menyokong industri skateboarding tempatan!
Tidak dilupakan juga kepada penggiat sukan ekstrem tempatan yang sama-sama menjayakan skate tour ini. Nama-nama besar seperti Pa’din Musa, Afad Klang, Bazly, Apit Kedah, Aliff Showroom, Qhidir kluang dan Haziq BP turut memeriahkan skate tour kali ini. Skate tour ini akan bersambung ke negeri lain di Malaysia. Nantikan skate tour seterusnnya kerana kami akan terus menjelajah ketempat anda! Jumpa krew Selaju Online Interview di negeri anda, kami pasti akan kesana untuk memeriahkan suasana! Terima kasih diatas sokongan anda!
No comments:
Post a Comment