Wednesday, September 21, 2011

berita #21

kepada sesiapa yang nak ikut skate tour ini, sila berhubung dengan pihak admin. jadi boleh lah kita konvoi ramai-ramai. mari gegarkan negeri sembilan!

LOKASI: SKATE PARK SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN
PERTANDINGAN PAPAN SELAJU: "JANG OH JANG"

*kepada sesiapa yang mahu menyumbangkan bantuan atau tajaan untuk skate tour ini, sila bagi tahu secepat mungkin kepada pihak admin. terima kasih!

Wednesday, September 7, 2011

Review: Billabong City Squared Asia

27 Ogos 2011: krew selaju online interview berkesempatan ke kota singa untuk membuat liputan langsung berkenaan pertandingan papan selaju yang dianjurkan oleh Billabong. Mungkin pertandingan ini adalah pertandingan yang agak besar yang pernah diadakan dia Asia selain daripada pertandingan Asian X-Games. Jarang sekali melihat jenama besar seperti Billabong membuat pertandingan seperti ini, dimana ia dapat menghimpunkan para penggiat papan selaju bertaraf antarabangsa di Singapura. Pertandingan ini seharusnya dijalankan pada 27 Ogos 2011, namun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan ia ditunda pada keesokkan harinya. Ia tidak mematahkan semangat kesemua peserta yang datang untuk terus bertanding. Peserta yang hadir datang dari seluruh negara di Asia seperti Indonesia, Thailand, China, Filipina, Singapura, Australia dan juga Malaysia.

28 Ogos 2011: Cuaca yang amat baik untuk meneruskan pertandingan. Kesemua peserta hadir semula untuk meneruskan perjuangan memenangi hadiah yang ditawarkan berjumlah US$20,000. Saingan sengit diberikan daripada peserta Malaysia, Singapura dan juga Australia. Agak teruja apabila melihat aksi penggiat papan selaju bertaraf antarabangsa beraksi. Keputusan akhir berpihak kepada peserta dari Singapura bergelar sebagai juara. keputusan penuh adalah seperti berikut:

1. Firdaus Rahman (Singapura)
2. Tommy Fynn (Australia)
3. Farris Rahman (Singapura)
4. Jesse Noonon (Australia)

Syabas diucapakan kepada semua pemenang dan juga peserta yang bertanding. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada Billabong kerana berjaya mengadakan pertandingan besar seperti ini.




sumber tamu: munir (skateboard.com)