Friday, August 12, 2011

berita #20 skate tour review

Mungkin agak terlewat untuk review selaju online interview JB tour. Namun begitu, tugasan harus diteruskan. Harap maaf kerana kelewatan artikal ini.

.......................................

24-26 Jun 2011 – Selepas keberjayaan Skate Tour di KK, Sabah. Sekali lagi krew Selaju Online Interview meneruskan misi jelajah seluruh negeri di Malaysia. Kali ini, destinasi yang dituju adalah JB, Johor. Tujuan skate tour ini adalah sama seperti skate tour yang sebelumnya. Mencari dan mengenengahkan bakat-bakat baru. Alhamdulillah, misi skate tour kali ini berjaya dengan sokongan penuh daripada warga Jonkers di Johor. Seperti skate tour yang lepas, krew Selaju Online Interview akan menemu bual pendatang baru dari negeri Johor serta menganjurkan mini pertandingan papan selaju (True or Dare Skate Street Challenge).

Pertandingan papan selaju di negeri Johor kali ini amat berbeza dari pertandingan sebelum-sebelum ini. Dimana lokasi pertandingan adalah dijalanan. Para peserta perlu mencabar trick papan selaju yang telah diberikan. Sekiranya para peserta berjaya melakukan cabaran yang diberi, hadiah dari pihak penaja akan diberikan. Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu ditangga dan di tembok sisi (stairs and curb). Kedua-dua bahagian ni, beberapa cabaran trick telah diberikan. Setiap cabaran adalah berbeza. Ternyata penggiat papan selaju negeri Johor amat mudah melaksanakan cabaran yang diberi. Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut:

Cabaran di tangga (stairs):

  • Nuar no go (pressure flip)
  • Man pts (pop shuvit tail grab)
  • Andrew (kick flip)

Cabaran di tembok sisi (curb):

  • Wan extra (bs tail slide fakie out)
  • Ronnie no go (nose slide fakie out + crooked fakie out)

Jutaan terima kasih kepada pihak penaja yang sudi menaja hadiah untuk pertandingan True or Dare Skate Street Challenge ini. Setinggi penghargaan diucapkan kepada para penaja: Extreme Wonders Enterprise, Abstrax Jingga, Hellbent dan Boonga Art Shoes kerana sudi menjadi penaja untuk pertandingan di Jb ini. Jika anda berminat untuk membeli barangan dari pihak penaja, bolehlah berkunjung ke laman pesawang mereka seperti dibawah:

  • Extreme Wonders Enterprise: http://www.facebook.com/ExtremeWonders.ent
  • Abstrax Jingga: http://abstraxjingga.blogspot.com/
  • Hellbent: http://www.facebook.com/pages/Hellbent/143235242407914
  • Boonga Art Shoes: (www.boongastudio.com or boongashoes.blogspot.com)

Barangan yang dijual di butik penaja adalah seperti baju, seluar, kasut, barangan keperluan papan selaju dan lain-lain. Harga yang ditawarkan juga berpatutan serta memuaskan. Jadi, marilah kita menyokong industri skateboarding tempatan!

Tidak lupa kepada semua warga papan selaju Johor (Jonkers) yang sudi memeriahkan dan menjayakan skate tour ini. setinggi-tinggi tahniah kepada Jonkers yang menyertai pertandingan True or Dare Skate Street Challenge dan kepada para pemenang pertandingan ini, syabas diucapakan. Terima kasih kepada krew yang terlibat menjayakan skate tour ini: Ayie Putra, Kecik Bp, Boy Putra, Ajis Hellbent, Keloy Kluang, Fahmi Abstrax, Amy Rasta, Wan Extra, dan kesemua penggiat extreme JB. Korang memang terbaik! Terima kasih diatas sokongan anda!

Nantikan skate tour yang seterusnya dari kami, Selaju Online Interview. Teruskan menyokong kami!

No comments:

Post a Comment