Sunday, May 18, 2014

HIGHLIGHT : Banting Skateboard Family - Gathering & Skate Competition 2014


Sedikit video highlight Banting Skateboard Family - Gathering & Skate Competition 2014 yang berlangusng di Skatepark Banting. Jutaan terima kasih kepada para penaja dan semua skateboarders yang hadir dan memeriahkan lagi skate comp ini. 

ENJOY THE VIDOE!

Wednesday, May 7, 2014

SEGMEN SANTAI : 5 tricks with faizsepang



Segmen baru dalam selaju online interview(SEGMEN SANTAI). Mempersembahankan faizsepang. Walaupun beliau berbadan berisi, ia bukan menjadi penghalang untuk beliau terus beriadah dengan bermain papan selaju. Yang penting enjoy dan badan sihat.

Jom layan video ini!

***nota kaki : ingin tampil dalam "SEGMEN SANTAI"? jangan segan silu hubungi admin [aidilbanting - 017.725.2087]

Thursday, April 10, 2014

2014 KAMI KEMBALI!


ASSALAMUALAIKUM!

Rasa lama sudah tidak bersua. Mungkin terlalu sibuk dengan kerja, namun itu bukan penghalang untuk kembali memeriahkan industri papan selaju tempatan. Kami di Selaju Online Interview akan kembali menemubual pengiat baru dalam indutsri papan selaju tempatan. 

Dengan konsep yang baru, kami cuba untuk fokus pada pembuatan temubual dalam bentuk video. Diharap ianya dapat sambutan yang baik dikalangan pembaca atau penonton. Nantikan kemunculan video pertama pada entry akan datang.


Sunday, October 28, 2012

berita #26 (RESULT CONTEST)


tahniah kepada pemenang "best trix & oldschool gathering contest"
Champion : Azreen - ss crooked grind
1st runner-up : Prof - kick flip bs 5.0 grind
2nd runner-up - Kecik Ampang - fs blunt slide
Consolation: Apit Kedah & Afad Klang

jutaan terima kasih diucapkan kepada penaja untuk pertandingan papan selaju kali ini:
MAJLIS BELIA KUALA LANGAT, PeBT ZON 24 MDKL, NATES SKATEBAORD, PAPAN SKATEBOARD COMPANY, SWANX CLOTHING, BOONGA ARTS HOES, KRACK CLOTHING, SIBLING SKATEBOARD, LAZCA SKATESOP, OPERA TRUCKS, JUST RIDE SKATEBOARDING, BUNGA RAMPAI STUDIO & SHOWROOM.

mahukan laporan penuh? akan datang!

Friday, October 19, 2012

berita #26 (best trick & oldschool gathering)


Kepada semua penggiat sukan ekstrem di Malaysia, anda dijemput untuk menghadiri pertandingan "Best Trick & Oldschool Gathering" yang akan diadakan pada 28 Oktober 2012 bertempat di Skate Park Banting dari jam 3.00 petang hingga 7.00 petang. 

Wang tunai dan barangan tajaan perlu dimenangi! Jangan lupa temu janji ada disana. Meriahkan suasana walaupun masih dihari Raya Qurban :) Jumpa disana!

Kepada yang tidak tahu dimana lokasi Skate Park Banting (Dataran Banting), anda boleh google maps ke alamat:
* Majlis Daerah Kuala Langat
* Hospital Banting
(lokasi skate park betul-betul berhadapan Hospital Banting dan bersebelahan Majlis Daerah Kuala Langat )

Wednesday, September 19, 2012

#03 - santai petang bersama e'g banting



sementara menunggu dan mencari bahan baru untuk temu bual yang seterusnya, apa kata kita layan gambar santai petang bersama e'g banting. gemar melakukan trick crooked grind, boleh dikatakan ia sudah menjadi trade mark buat e'g. bagi je box atau pun rail, pasti dia akan buat sambil tersenyum. apa-apa pun, teruskan menyokong kami yah!

Tuesday, September 18, 2012

berita #24


kami kembali!kepada sesiapa yang nak mengikuti skate tour ini, sila berhubung dengan pihak admin. mari gegarkan negeri selangor! akan ada gathering skaters lama dari banting!

LOKASI: SKATE PARK BANTING, SELANGOR
PERTANDINGAN PAPAN SELAJU: BEST TRICK & OLDSCOOL GATHERING

*kepada sesiapa yang mahu menyumbangkan bantuan atau tajaan untuk skate tour ini, sila bagi tahu secepat mungkin kepada pihak admin. terima kasih!

Tuesday, March 20, 2012

sahut kaut 1


segmen terbaru untuk blog selajuonlineinterview yang diberi nama "sahut kaut". kami akan terjah ketempat anda dan beri sedikit wang sekiranya anda berjaya menyahut cabaran trick yang kami berikan. apa lagi, teruskan bermain papan selaju dan mantapkan trick anda. nantikan kehadiran krew selajuonlineinterview dilokasi yang seterusnya.

enjoy!

Saturday, February 11, 2012

#02 - santai petang bersama qais kk

sementara tunggu temu bual terbaru keluar, apa kata kita layan gambar santai petang bersama qais kk dulu. dia antara anak muda yang terus mewarnai dunia papan selaju di Sabah. apa-apa pun, teruskan menyokong kami yah!

Saturday, January 21, 2012

#01 - santai petang bersama man extra

untuk tahun 2012 ini, ruangan foto pilihan telah di tukar kepada segmen "santai petang bersama..."
jadi nantikan foto skateboarders pilihan yang seterusnya
teruskan menyokong dan enjoy!

Thursday, January 19, 2012

issue 28: YAZIRU AMIRU

seteleh hampir 2 bulan lebih tanpa temu bual terbaru. kami mulakan tahun 2012 ini dengan langkah baru. teruskan menyokong kami.

enjoy!

Saturday, December 31, 2011

2012


selamat tahun baru dari warga selaju online interview
semoga tahun 2o12 ini akan bertambah maju dan mutu
teruskan menyokong industri papan selaju tempatan
malaysia boleh!

p/s: temu bual terbaru akan menyusul kemudian. maaf dipinta kerana ketiadaan temu bual bagi 2 bulan yang lalu, harap maklum.

Monday, October 17, 2011

berita #23


tahniah kepada pemenang "jang oh jang best trix contest"
syafiq ipoh: switch 180 nose grind 180 out

jutaan terima kasih diucapkan kepada penaja untuk pertandingan papan selaju kali ini:
LAZCA SKATESOP, ABSTRAX JINGGA & BOONGA ART SHOES

mahukan laporan penuh? akan datang!


sumber tamu: ammar & sembilan papan selaju

issue 27: AREP TERENGGANU

enjoy!

Tuesday, October 4, 2011

berita #22

meriahkan skate tour di Negeri Sembilan dengan pertandingan papan selaju
JANG OH JANG

15 oktober 2011
5 petang di skatepark sendayan

Format Pertandingan: Best trick on RAIL @ FUNBOX
* setiap trick kombo yang anda lakukan, kami akan beri wang tunai! (dalam kuantiti yang kecil)

JUMPA DISANA!

Wednesday, September 21, 2011

berita #21

kepada sesiapa yang nak ikut skate tour ini, sila berhubung dengan pihak admin. jadi boleh lah kita konvoi ramai-ramai. mari gegarkan negeri sembilan!

LOKASI: SKATE PARK SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN
PERTANDINGAN PAPAN SELAJU: "JANG OH JANG"

*kepada sesiapa yang mahu menyumbangkan bantuan atau tajaan untuk skate tour ini, sila bagi tahu secepat mungkin kepada pihak admin. terima kasih!